Masker untuk kulit berminyak

Hujung minggu rutin Chik Ja macam biasalah, pakai masker Botanical Effects Formula 3. Masker ni diformulasi khas untuk mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak.

Dah 2 tahun setengah Chik Ja pakai masker ni. Paling kurang seminggu sekali sebab Chik Ja pun ada pakai Clearproof Charcoal Mask dan juga Microdermabrasion refine tu.

Masker Botanical Effects Formula 3 ni sangat membantu mengawal minyak berlebihan kat kulit muka Chik Ja ni. Pada masa yang sama, juga membuang sel kulit mati kat muka.

Yang paling best, masker ni ada ekstrak daripada Kanuka (Tea Tree) dan juga Jambu Batu. Semua sedia maklum kan yang tee tree ni sangat terkenal dalam membantu mengurangkan bakteria yang menjadi punca jerawat kat muka.

Bila konsisten pakai, Chik Ja perasan, kulit muka dah kurang berminyak, jerawat makin kurang, dan kalau ada pun, cepat kecut. Dan lagi, bila kulit mati dah disingkirkan dengan masker, barulah serum boleh bekerja secara optimum. Dan juga kulit dah tak lagi kusam 😌

Alhamdulillah, setakat ni Chik Ja tak menyesal melabur pada penjagaan kulit muka Mary Kay sebab dapat lihat dan rasa sendiri kesannya sekarang. In Shaa Allah juga pada masa akan datang.

Bila kulit muka dah ok dengan Botanical Effects, bolehlah upgrade pada set Timewise 3D, atau pun set Melacep.

Kalau korang perlukan bantuan konsultasi daripada Chik Ja, Chik Ja sedia membantu. Bagi yang belum ada Beauty Consultant la… Atau korang boleh rujuk Beauty Consultant masing-masing ya 😍

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s