Buang Sel Kulit Mati

Siapa kat sini yang tak pernah @ tak konsisten memakai scrub atau masker untuk kulit muka?

🙋🏼‍♀️🙋🏼‍♀️🙋🏼‍♀️

Dulu Chik Ja pun sejenis yang bukan nak menjaga muka sangat. Apatah lagi nak ada basic skin care yang betul. Skrub dengan masker apatah lagi kan 😂

Bila dah masuk pertengahan 30an mulalah timbul sikit keinsafan dalam diri sebab Encik Suami suka cakap, “bekas jerawat kawah awak tu boleh hilang tak agak-agak?” 🙄 hahahah

Dah kalau selalu cakap macam tu, mana tak isteri mengelupur cari skincare yang berkesan dan berkualiti kan 🤣

Yang Chik Ja belajar dari senior, salah 1 punca kenapa kulit kelihatan kusam, tak bermaya, adalah kerana kita tidak membuang sel kulit mati dengan betul.

Bayangkan kalau cycle sel kulit kita adalah 28 hari, sekiranya kita tidak pernah skrub atau memakai masker, dan sekadar cuci muka dengan menggunakan jari, sel kulit mati tu sebenarnya masih ada.

Kalau sel kulit mati menebal, pakailah skincare beribu sekali pun, skincare tak dapat menyerap ke dalam kulit kita secara optimum dan serum pun tak dapat nak bekerja dengan betul.

Hari ini Chik Ja nak bagi tips beberapa barang dari Mary Kay yang sangat membantu dalam membuang sel kulit mati korang 😘

💕 Botanical Evo Scrub

💕 Microdermabrasion Refine

💕 TW Repair Radiance Peeling Mask

Tak perlu guna semua di atas ya, guna salah satu secara konsisten pun, pasti kulit korang akan berterima kasih.

Pagi tadi Chik Ja pakai yang item no 3 tu tau. Korang boleh tengok perbezaan kulit Chik Ja walaupun dengan pemakaian kali pertama. No filter 🙅🏻‍♀️ Lighting yang sama dalam rumah 🤗

Revealing Radiance Facial Peel adalah dalam kategori Timewise Repair. Ia sangat membantu dalam menanggalkan sel kulit mati dari permukaan atas kulit. Dalam masa yang sama, ia juga membantu meningkatkan proses pembaharuan kulit supaya kulit kelihatan lebih muda 😍

Dan lagi, Revealing Radiance Facial Peel ini kan boleh membantu dalam mencerahkan kulit, memperbaiki tekstur kulit dengan ketara, mengurangkan kedutan dan garis halus, serta membantu menganjalkan, melicin dan menyekatakan tona kulit.

Hasilnyaaaa

Tadaaaaaa.. Revealing Radiance Facial Peel ni bukan kena tarik-tarik bila kering tu tau. Just cuci muka dengan air selepas kering. Senang kerja Chik Ja tak perlu sakitkan kulit muka 🤗

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s