Wajib untuk Travel

Oil Free Hydrating Gel

Orang selalu sebut OFHG nama manja dia 😍

Ini adalah item wajib kalau setiap kali Chik Ja pergi bercuti terutama kalau pergi ke tempat sejuk, selain daripada CC Cream.

Untuk orang yang kulit berminyak macam Chik Ja ni memang sesuai sangat pakai OFHG ni. Selain membantu mengawal minyak berlebihan kat muka Chik Ja, ia juga sangat membantu memberi efek yang bagus sebagai base make-up.

Kiranya kulit jd lembut dan sangat mois. Kalau nak sapu foundation lepas tu, jadi senang nak sapu dan tak berbelak-belak.

Chik Ja ingat lagi masa travel ke Europe mengandungkan Raziq tahun 2015 dulu. Masa tu negara-negara kat Eropah masih lagi sejuk dengan suhu yang boleh membuatkan kulit menjadi kering.

Tahun 2015 tu Chik Ja masih belum memakai skin care Mary Kay lagi, masih menggunakan local produk. Masa kat sana, kulit muka terutama bahagian bawah dagu dan tepi hidung mengalami kemerahan dan mengelupas yang teruk. Sampai suami pun tegur kata, kenapa kulit mengelupas sangat πŸ˜…

Sampai sakit-sakit pedih sebab merah mengelupas kan, jadi fobia nak pergi tempat sejuk lagi. Nasib baik tak lama pergi, cuma seminggu saja.

Tapi kan, masa tahun 2017 trip 2 minggu ke negara-negara balkan masa tu, Alhamdulillah sangat-sangat kulit muka Chik Ja memang langsung tak mengalami merah-merah, tak mengelupas walaupun masa tu memang sejuk terutama kat Bosnia.

Trip Balkan tu Chik Ja cuma bawa full set Botanical Effects skin care, Oil Free Hydrating Gel, CC Cream, dan Translucent Powder.

Kulit muka walaupun 2 minggu di negara sejuk, jadi macam biasa, tiada pengelupasan, malah tak kering dan merah-merah. Suami pun masa tu tegur katanya, β€œkali ni kulit muka awak tak mengelupas dan merah-merah. Baguslah..”

Syukur Allah izinkan Chik Ja untuk mencuba dan memakai serta konsisten dengan Mary Kay. Sekarang ni memang tak tinggal dah OFHG ni. Terutama kalau perasan cuaca kadang panas yakmat, kadang sejuk hujan lebat.

OFHG ni dalam kategori supplement tau. Sebab dia adalah tambahan kepada skin care yang sedia ada. Botol dia besar. Masa 1st time beli dan dapat, fikir macam berapa bulan baru nak habis ni πŸ˜‚ Chik Ja guna dalam 6 ke 7 bulan sebab pakai setiap hari pagi dan malam.

Mary Kay memang jimat. Ada orang pakai sampai nak setahun baru habis. Heheh Jadi dah tau kan barang apa yang wajib dan menjadi kegemaran Chik Ja selama ni 😍

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s