Serum Mary Kay

Chik Ja baca, katanya bila umur dah masuk 30-an ni, kita sebenarnya macam dah wajib masukkan serum dalam senarai skin care kita seharian.

Serum ni kan umpama baja pada kulit muka kita. Pelembap pula umpama air untuk kulit muka kita. Umur bila dah 30 lebih ni memang macam-macam boleh muncul bila kita tak jaga elok-elok.

Contohnya, jeragat, garis halus. Bekas jerawat pula kalau kita jenis sebelum ni suka kopek, memanglah lambat nak hilang dan lambat nak elok pada kulit wajah kita tu nanti. Silap-silap sampai ke berumur nanti masih ada lagi kesan

Untuk itu, Chik Ja kena pastikan senarai penjagaan kulit muka Chik Ja lengkap semuanya:-

  • Pencuci
  • Penyegar
  • Pelembap
  • Masker

Lepas dah lengkap, barulah Chik Ja tambah serum. Serum pula bukan ada 1 jenis untuk mengatasi semua jenis permasalahan kulit. Itu heavy sangat rasanya. Kalau ada, tentu-tentu mahal yakmat setanding dengan apa yang serum tu boleh beri manfaat pada kita.

Untuk Chik Ja pula, serum bawah ni wajib Chik Ja pakai siang dan malam. Dan setiap satu tu mempunya fungsi yang berbeza.

Untuk pencerahan lebih sekata, Chik Ja gunakan serum Melacep, walaupun serum baru Lumivie dah ada, tapi serum Melacep ni amatlah tahan lama. Maka jangan membazir. Serum ni bukan menjadikan kulit kita putih melepak sampai nampak urat hijau tau. Itu auta.

Untuk mengaktifkan semula kolagen-kolagen kat kulit muka, Chik Ja guna Serum C dari Timewise. Maaf, Chik Ja sejenis kurang percaya pada Vitamin C jenis suntikan, sebab pada Chik Ja kalau nak cantik, jangan ambil jalan mudah dan murah. You have to sacrifice.

Lepas tu kan, kulit muka Chik Ja ni jenis yang sebelum ni memang nampak ketara pori-pori kulit. Dah lah berminyak, nampak pula pori tu besar-besar. Bila kulit muka Chik Ja dah stabil pakai set Botanical Effects sebelum ni, Chik Ja tambah set Microdermabrasion. Dalam set ni ada Serum Pore Minimizer. Sangat membantu bagi mengurangkan penampakan pori-pori kulit, terutama kalau nak pakai foundation dan bedak selepas tu.

Akhir sekali dah tentu Serum Malam Timewise Miracle set. Yang tu orang panggil Night Solution. Khas untuk penggunaan waktu malam bagi membantu mengatasi tanda penuaan pada kulit wajah Chik Ja. Untuk siang pula, Day Solution Timewise (tiada dalam gambar). Ada SPF, lama-lama pakai muka jadi lembut, dan flawless.

Kalau orang tanya, serum mana paling best? Jawapan Chik Ja yang paling jujur dari hati, SEMUA BEST. Sebab semua ada fungsi berbeza. Mereka menjalankan tugas yang berlainan untuk mengatasi masalah yang berlainan walaupun berkongsi nama yang sama “SERUM”.

Nak pakai 1 serum jer pun boleh bergantung pada apa yang kita nak dan juga jenis masalah kita. Dan salah 1 perkara yang paling best Chik Ja suka is, serum ni semua tahan lama. Kalau tengok botol kecil Night Solution Timewise tu, boleh tahan sehingga 6 – 7 bulan. Apatah lagi serum lain yang botol tinggi-tinggi tu.

Selain menjimatkan, Mary Kay juga memberi kesan yang Chik Ja impikan selama ini.

Terima kasih Mary Kay 💋

img_4009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s